Follow me on Twitter RSS FEED

Lumrah Kehidupan..

Posted in

im 24 dis year..
cepatnya masa berlalu,kadang2 terasa macam budak2 lagi..bila renung balik diri,kecilnya diri..
banyak kesilapan yang telah dilakukan.. tapi tak boleh la nak menuding jari kepada sesiapa pon..kan? yang penting baiki diri.. semoga esok yang mendatang lebih baik..

memang,siapa pun nak yang terbaik untuk diri sendiri.tapi kita tak tahu apa ada dihadapan kita. mungkin longkang besar yang mana bila kita jatuh,perghh busuk gile. mungkin juga ada sejambak bunga yang wangi gila menanti (ini semua hanyalah metafora ok)
kalau kita tahu,sudah tentu2 la kita nak yang baik,wangi dan chantek saje.
tapi,bila mana ini adalah kehidupan, kita harus laluinya tak kira la busuk ke,wangi ke,hitam ke,putih ke,kelabu ke..

penat juga sebenarnya dalam meniti kehidupan..siapa setuju?
macam2 dilalui,namun dalam hidup aku,rasanya banyak yang pedih,tapi takpe.
Aku mengharapkan yang pedih itu akan bertukar jadi yang sangat manis untuk dikenang nanti =)..
Aku notice bila dah kerja ni agak kurang la keseronokan hidup.dah tak ada masa nak bersosial.maksud aku bersosial disini ialah untuk berjumpa kaum keluarga, rakan rakan taulan dan sahabat handai.memang aku tak cukup masa.weekend aku sangat sepi. but, to be frank hidup aku lagi tak best sekarang sebab aku takde kawan yang ramai kat sini.tak macam masa studi.masa study weekend je boleh kuar dengan my BFF. sekarang life sunyi sepi.dah keje, tapi bila nak kuar takde membe.sebab kawan2 yang rapat pun semua jauh.takde yang sehati berdansa dengan aku.

kalau ada pun memang ish..menyerabutkan dan tak sebulu langsung ataupun mungkin sebab sikap aku sendiri kot, contoh terdekat la buat masa skrg ni fesbook, mungkin aku ni bukan seseorang yang terlalu open kan..yela, kalau kawan2 laki aku yang lain, dorang kadang2 slamber je mengomen2 atau buat wall post yang berunsurkan perkataan2 yang aku rase tak patut.. mungkin la ciri2 lelaki yang gurl suka is open, boleh bergurau macam tu, macho, gaya mutu keunggulan gaknye....tapi siyesly bg aku, benda macam tu seolah2 memalukan je..hah, tu jugakla sebabnye mungkin aku ditinggalkan..tinggallah aku seorang diri..kan? biarlah, aku tetap aku..

macam pagi ni.aku dah bangun awal.tapi takde hala tuju.wahh,terasa macam sangat tak bermakna hidup ni, sebab aku tak ada hala tuju.memang hampeh kan bunyinya.
pagi-pagi bangun mengadap otoromen. bior benor?macam dah zaman budak2 balik je kan..hahaha..series... ni betul2 berlaku. tapi apakan daya.memang tu je yang aku mampu buat. takpe la,hidup ni memang singkat. buatlah apa yang bahagia untuk kita. jangan cari pasal dengan orang cukup la kan? Tapi kalau aku hormat hak oarang, orang plak tak hormat hak aku camane? hehe tak kesah, sebab dunia ni bulat.. bila2 masa kita boleh ada diatas atau dibawah.. apapun, aku memang rindu kawan2 aku.. i miss you all damn much!!


banyak benda yang perlu dipikirkan.itu baru umurnya 24 tahun,tanpa komitmen rumahtangga.
macam mana agaknya bila ada keluarga sendiri,dimana kita yang harus mengemudi kapal itu.
karam ke nanti?atau koyak ke sauhnya? cuak rasanya,rakan2 taulan sudah mula mengorak langkah menuju ke alam baru..
btw,congrats buat wann(one my clicks),yang engaged baru ni..
p/s:Insyaallah kau kawen nanti aku pegi...Aku bila lagi ye? :)

untuk makluman,aku bukan kecewa mahupun cedera parah,tapi aku dalam dilemma..
tergantung..sebab tak tahu nak cakap macamana.. banyak dalam fikiran,kerana lumrah kehidupan manusia sentiasa melaluinya sehingga nadi terhenti.. pengakhirannya,aku ada satu soalan..macam mana kita nak tau org tu adalah MR/MS RIGHT?

Aku memburu cinta sejati, agar dia bukan saja akan melabuhkan cintanya padaMU, tapi juga memberi kasih dan sayang buat diriku.. Paras rupa bukan ukuran hati, kecantikan akan hilang bila-bila masa.. kalau aku mencari cinta yang cantik, pasti akan ku tinggalkan bila dah tak cantik..betapa susahnye aku nk jatuh cinta..dan sekarang aku perlu mencuba lagi..yang kuperlukan ialah seorang perempuan yang betol2 ikhlas hatinya..yang sentiasa bersama walau dalam suka dan duka, susah dan senang kerna aku pasti takkan meninggalkannya bila saat dia memerlukan..yang akan tetap menjaga maruahku walau kemana saje dia pergi..Nama hafiz tu bermaksud pelindung kan..insyaAllah seandainya ada yang tercipta buat diriku, akan kulindunginya sehabis daya..akan kupertahankan maruahnya hingga kesyurga..akan kuangkat martabatnya sebagai seorang teman hidup, didunia sampai akhirat..bukan sekadar kata-kata..akan kubuktikan yang aku pun boleh jadi yang terbaik walaupun sekarang aku kalah dengan perasaan..

0 comments:

Post a Comment